Sunday, February 20, 2011

Logo Baru JTM

Akibat daripada kesan radiasi yang terhasil daripada ledakan bom "Boring", maka berlakulah sedikit kerajinan yang menyebabkan aku dengan tiba2 merasakan ingin membuat sesuatu yang boleh menghilangkan keboringan ini.


Pada mulanya aku ingin mengondam laman web JTM sekadar untuk suka2. Namun keinsafan telah melanda diriku apabila aku sedar aku sebenarnya tidak mampu berbuat demikian...Hehehehe. Niat yang tadinya berunsur kejahatan aku ubah menjadi kebaikan untuk menebus kesalahan kerana berniat jahat terhadap JTM. Hasilnya terciptalah Logo JTM yang baru.


Logo ini khas aku buat untuk JTM yg selama ini bertungkus-lumus melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta. Jasamu kepada Malaysia amat besar hingga aku menitiskan airmata mengenangkanya :P


Logo Baru JTM


Setelah berbincang selama beberapa jam dengan ketua pengarah JTM En Romli B. HJ Hassan, kemungkinan logo ini akan digunakan di seluruh cawangan JTM dan institut yang berada dibawah naungan JTM pada tahun 2020. Sama-sama kita nantikan :]

Logo ini telah aku buat Copyright©. Sebarang percubaan untuk mencuri hak cipta ini akan dikenakan tindakan undang2. You've Been Warned!




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN