Thursday, February 24, 2011

Malcolm X – Suara Kebebasan

Setelah menghabiskan masa selama 3 jam menonton filem “Malcolm X” arahan pengarah kontrovesi Spike Lee, satu aura inspirasi telah datang dan memberi salam kepada aku. Post kali ini ditujukan kepada semua pejuang keadilan yang tidak jemu2 memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan penindasan dengan apa cara sekalipun agar seluruh manusia yang mendengar suaranya sedar akan erti sebenar keadilan.

Malcolm X, satu nama yang amat terkenal di seluruh dunia. Suaranya yang lantang membuatkan musuh-musuhnya tidak senang duduk mahupun bediri. Kepetahanya berkata-kata telah memukau ramai orang, ilmu yang terkandung dalam setiap perkataan yang disebutnya membuat ramai berfikir.

Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska. Ayahnya, Earl, seorang paderi yang lantang dan tidak tunduk kepada penindasan orang kulit putih pada masa itu berpendapat bahawa kebebasan dan kemerdekaan tidak akan dapat dikecapi oleh orang kulit hitam di Amerika dan untuk mencapai kemerdekaan mereka harus pulang ke negara asal mereka Afrika. Sewaktu Malcolm berumur 13 tahun, ayahnya telah dibunuh dan ibunya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Sewaktu berada di Harlem, New York, Malcolm mula terlibat di dalam pengedaran dadah haram, berjudi, pelacuran, memeras ugut, dan merompak (dirujuk secara menyeluruh oleh Malcolm sebagai hustling). Dia juga sanggup berlakon gila untuk mengelakkan dari dihantar menyertai kerahan tenaga Perang Dunia ke II. Malcolm telah ditahan pada 12 Januari, 1946 pada umur 20 tahun dan telah dipenjarakan selama lapan hingga sepuluh tahun atas kesalahan memecah masuk, membawa senjata api, dan merompak. Dia mendapat gelaran "Setan" di Penjara Negeri Charlestown disebabkan sifatnya yang suka menyumpah seranah. 

Sewaktu di penjara, Malcolm mula melibatkan diri dengan sebuah organisasi yang diberi nama Nation Of Islam (NOI). Malcolm mula mempelajari ajaran Elijah Muhammad (Pemimpin NOI) dengan gigihnya dan telah mula mengembangkan pemikiran inteleknya. Beliau telah menyalin seluruh kamus   daripada perpustakaan di situ dalam usahanya menambahkan pengetahuan dan memperbaiki tulisannya. Selepas dibebaskan dari parol pada 7 Ogos, 1952, beliau membeli beg suitcase, sepasang kacamata, dan sebuah jamtangan, barang-barang yang paling kerap digunakan dalam kehidupannya.

Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad di Chicago. Di sinilah dia menerima tanda X, yang bermaksud menolak nama perhambaannya. Dengan itu bermulalah perjuangan Malcom X menentang penindasan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam. Khutbahnya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih, menyebabkan NOI lebih terkenal. Akhirnya beliau telah menjadi pemimpin nombor dua Nation of Islam selepas Elijah Muhammad. Kepercayaanya kepada Elijah Muhammad goyah apabila mengetahui mentornya itu mempunyai hubungan sulit dengan 6 orang wanita. Penzinaan adalah ditolak oleh ajaran Nation of Islam.

Setahun kemudian, Malcolm mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan yang lain iaitu Muslim Mosque, Inc. Namun, beliau tetap mengikuti ajaran Nation of Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuat ucapannya yang terkenal iaitu Mengundi atau Peluru (Ballot or Bullet). Tidak lama kemudian, Malcom X membuat keputusan untuk mengerjakan Haji dan pada masa itulah beliau mengenal ajaran Islam yang sebenar.

Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil. Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam yang selama ini mengajar bahawa Islam hanya untuk orang kulit hitam.

Beliau berkata "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama berada di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua kaum dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau terus memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada - El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika. Sejak dari itu, beliau memperjuangkan keadilan untuk semua kaum dan berpendapat bahawa penawar kepada masalah perkauman yang dialami Amerika adalah Islam.

"I am not a racist and I do not subscribe to the tenants of racism. In all honesty it can be stated that I wish nothing but freedom, justice and equality...life, liberty and the pursuit of happiness for all people. My first concern is with the group to which I belong..for we are deprived of our inalienable right. But I belive the true practice of lslam can remove the cancer of racism from the hearts and the souls of all Americans. lf l can die having brought any light, having exposed any meaningful truth that will help destroy this disease, then all the credit is due to Allah..and only the mistakes have been mine"

Pada 21 Februari, di Audubon Ballroom, Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang. Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanya. Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau. Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu Talmadge Hayer, Norman 3X Butler, dan Thomas 15X Johnson.

Ada yang berpendapat bahawa Malcom X adalah seorang yang mengamalkan kebencian, fanatik yang bersifat perkauman. Namun hakikatnya, beliau hanyalah seorang yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran yang menjadi hak setiap individu di muka bumi ini.

Malcom X


"We declare our right on this earth...to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence by any means necessary."




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN