Saturday, January 7, 2012

Menanti Sebuah Jawapan

Ehemm...Check2..Rock2 :D

Terima kasih kepada Blogger Miss Zue kerana sudi memberikan soalan2 yang mencabar minda. Sy mengambil masa selama beberapa dekad untuk mencari jawapan kepada soalan yg amat2 sukar ini. Berkat kesabaran dan pertolongan daripada Google, akhirnya sy berjaya menjawab soalan2 ini dengan penuh bergaya. Yeahhhh!!! :D

Jawapan yang sy beri di bawah telah diiktiraf oleh pihak yang berwajib dan telah diakui mempunyai nilai  seni yang amat tinggi dan boleh dibaca oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bacalah dengan penuh berhemah :)

SOALAN PERTAMA :
Antara makan dengan tido,korang paling suka buat ape,sebab ape paling suka?
Dua2 aku suka..tapi aku lg suka makan..sebab lpas mkn pwut kyg..bila pwut kyg, mata ngntok, bila mata da ngntok, apa lg..tdo la..jam 10 pg bru bgun :p

SOALAN KEDUA :
Korang ade first sight love tak?? Cinta pandang pertama.. Kalau ade cite la skit.. camna rasa mula2 terpandang..debor2 ke?hihi 
Perghhh..soalan ni sebijik n sejibik mcm soalan yg pnah ex aku lontarkan dkat aku dulu. Jawapanya, Tiap hari aku jtuh cinta pandang petama..sbab bnyk sngt gadis yg anggun n menggoda d luar sana...tapi Aku Taat Pada Yg Satu..hehe..ayat kl gangster 2 :D




SOALAN KETIGA
Korang penah tak berangan-angan nak jadi glemer?sebab ape nak glemer tuu?
Pnah..time aq kecik2 dulu..zaman ni Nasyid mmg faymes..terutamanya Raihan..bleh dikatakan lagu raihan ni feymes tahap gaban, sampai yg kristian n hindu pn nyanyi "Asyhaduallailahailallah..Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah"..Terbaikkk..dipendekkan cerita..aq mmg nk sngt feymes mcm dorg ni..heheheheh..itu dulu la.

SOALAN KEEMPAT :
Sape idola korang? Kenapa?
Yg ni senang je nk jwb..Muhammad S.A.W :D Kenapa?...org yang buta hati ja yg xtaw sebabnya.
SOALAN KELIMA :
Moto dan visi hidup korang ape??
Moto aq baru plan nk beli..EX5 pn jd la..nk bwa g praktikal :p Moto aq yg sebenar ialah Berilmu, Beriman Dan Beramal (moto sekolah rendah aq dulu). Visi plak Menjadi manusia yang tidak menyusahkan manusia lain d masa hadapan (skg ni masi lg menyusahkan org :P)


SOALAN KEENAM :
Apa pendapat korang,kalau bakal anak korang jadi artis?
Sy beri jawapan dlm bentuk dialog :
ANAK : Pa..nk jd artis bleh?
BAPA : ARTIS!!!..kau jgn nk mintak pujik!!..bapa x benarkan..kalau kau tanya lg soalan yg sama..bapa bagi tumbukan HOOK dkat pangkal leher..dah.pegi sembahyang..da masuk waktu da ni :p
Si anak pn berlalu pergi dengun penuh rasa kekecewaan..ahahahah.




SOALAN KETUJUH :
Apa perasaan korang,kalau Datuk Siti Nur Haliza ajak korang bergambar?? bukan korang ajak,dia yang ajak.ape perasaan?
Ala..biasa la 2..aku kn hnsem..ahahahahahahah (ketawa dgn penuh rasa riak)


SOALAN KELAPAN :
Apa cita-cita korang masa tadika?
Nk berenti tadika..xnk belajar..nk main :D

SOALAN KESEMBILAN :
Kalau secret admirer bagi adiah kat korang? First thing yang korang pk ape ye?
Fikir hadiah la..nk fikir apa lg..heheheh.

SOALAN KESEPULUH :
Nak tanya ape ek, Korang rasa korang vouge x? Sebab rasa camtu?
Terus terang aq ckp..aq x faham makna vouge 2..aq google td baru la faham..hehehehe..jawapan sy ialah TIDAK dan sy menjawab dengan penuh rasa bangga..ngeeee :D


Amacam? mantap x jawapan2 yg telah diberikan, hehe. Sepatutnya aku msti buat soalan dan tag orang lain plak..tapi disebabkan kemalasan telah melanda..aku buat satu soalan ja la, soalanya berbunyi begini:


Pada pendapat korang..kenapa Siput Babi 2 dipanggil siput babi..kenapa x panggil siput anjing? :p


Aq malas nk Tag2 ni..so semua dipelawa untuk menjawab soalan ni..sila berikan jawapan anda di ruangan komen dibawah :D

Sunday, January 1, 2012

Tahun Damai Abadi

Tidakkk!!! tahun 2012 suda mari, Kiamat suda :p hehehehe. Siapa cakap 2012 kiamat, jangan pandai memandai mandai plak ya, itu mainan Hollywood semata-mata. Masih banyak impian yang belum aku capai, masih banyak lauk yang belum aku rasa, masi banyak gunung yang belum aku daki dan masi banyak duit yang belum aku terima dan bakal aku terima di masa hadapan.

Banyak kenangan manis, masam dan masin seperti  rasa gula Nano-nano telah ditinggalkan di tahun 2011. Antara kenangan manis di tahun 2012 ialah berkenalan dengan bakal isteri aku yang namanya Hafiza, hehehe. Bukan itu saja, aku juga telah berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo dalam masa 80 hari (TIPU) dan sekaligus mengalahkan rekod yang pernah dibuat oleh Datuk Azhar Mansor dan juga rekod lain yang sama waktu denganya.

Kenangan pahit pun banyak juga, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksalah kenangan-kenangan tersebut aku delete daripada stor penyimpanan data dan melupakannya buat selama lamanya. Kenangan pahit tidak patut di simpan lama-lama kerana mengikut kajian saintifik, kenangan pahit boleh merosakkan urat saraf di bahagian kanan otak jika disimpan terlalu lama. Azam aku untuk tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lalu. Aku mahu mencari damai abadi :D

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Terima kasih kerana sudi membaca dan Selamat Menyambut Tahun Baru. Post ini aku sertakan dengan POSTER BOBOIBOY edisi Tahun Baru 2012 yang baru siap aku design. Enjoyyy!!


Klik Untuk Membesarkan Imej

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN