Sunday, January 1, 2012

Tahun Damai Abadi

Tidakkk!!! tahun 2012 suda mari, Kiamat suda :p hehehehe. Siapa cakap 2012 kiamat, jangan pandai memandai mandai plak ya, itu mainan Hollywood semata-mata. Masih banyak impian yang belum aku capai, masih banyak lauk yang belum aku rasa, masi banyak gunung yang belum aku daki dan masi banyak duit yang belum aku terima dan bakal aku terima di masa hadapan.

Banyak kenangan manis, masam dan masin seperti  rasa gula Nano-nano telah ditinggalkan di tahun 2011. Antara kenangan manis di tahun 2012 ialah berkenalan dengan bakal isteri aku yang namanya Hafiza, hehehe. Bukan itu saja, aku juga telah berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo dalam masa 80 hari (TIPU) dan sekaligus mengalahkan rekod yang pernah dibuat oleh Datuk Azhar Mansor dan juga rekod lain yang sama waktu denganya.

Kenangan pahit pun banyak juga, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksalah kenangan-kenangan tersebut aku delete daripada stor penyimpanan data dan melupakannya buat selama lamanya. Kenangan pahit tidak patut di simpan lama-lama kerana mengikut kajian saintifik, kenangan pahit boleh merosakkan urat saraf di bahagian kanan otak jika disimpan terlalu lama. Azam aku untuk tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lalu. Aku mahu mencari damai abadi :D

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Terima kasih kerana sudi membaca dan Selamat Menyambut Tahun Baru. Post ini aku sertakan dengan POSTER BOBOIBOY edisi Tahun Baru 2012 yang baru siap aku design. Enjoyyy!!


Klik Untuk Membesarkan Imej

8 comments:

  1. waahhhh...ada uga ceta sal gue yaaa....
    apa2 pon ceta yg sntai n mencuit aty....
    =).....luv u

    ReplyDelete
  2. seems like awak antara yang tak percaya mainan hollywood tu..same2

    ReplyDelete
  3. kenangan pahit?? klu la b0leh cam pak dengan mudah..huhuhu :(

    ReplyDelete
  4. jangan lupa kasi kad jemputan..eh!!! tetiba plak..hehehe..

    ReplyDelete
  5. GINCUPINK-mmg hollywood 2 menipu..hehe
    D.FIQA-boboiboy mmg best..Terbaikkk!! :D
    CIK KARTUN-bole..klau xbleh campak..bakar trus smpi jadi abu :P hehe
    MISS ZUE-kad jemputam masi dalam pembuatan..2 thun lg siap la :P huhu

    ReplyDelete
  6. huhuhu, sempat ada gmbr boboiboy 2 ek
    :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN