Friday, February 24, 2012

Khabar Hitam Dari Timur

Bacalah, Sebutlah Dengan Nama Tuhan Yang Menciptakan Segala Kejadian Di Dunia...

Tersebutlah kisah di sebuah asrama yang terletak agak jauh di pedalaman. Seorang jejaka tampan sedang duduk sambil membaca novel bertajuk "Andai Itu Takdirnya". Novel yang mengandungi unsur2 kejiwangan yang sangat tebal itu dibaca dengan penuh khusyuk.

Post kali ini dimulakan dengan sedikit unsur penceritaan. Jejaka tampan yang disebutkan diatas tidak lain dan tidak bukan adalah aku :D Hehehehe. "Jangan harap la aku mo baca novel cinta", demikian lah kata2 yang lahir dari mulut aku tidak berapa lama dahulu. Kata2 yang penuh dengan keegooan itu akhirnya terpaksa ditelan semula, hehe.

Sejak berada di alam praktikal, minat aku untuk membaca semakin bertambah seiring dengan arus kemodenan pada masa kini. Dari novel cinta, perang dan juga politik, semuanya aku baca demi untuk menghilangkan rasa ketagih aku terhadap dunia kesusastraan.

Yang terbaru, novel sejarah Islam "Hulagu Khan - Khabar Hitam Dari Timur" yang mengisahkan tentang cucu Genghis Khan yang bercita-cita mahu menjadi lebih hebat daripada datuknya. Kisah berlaku pada Zaman kejatuhan Bani Abbasyiah.

Pertama kali dengar nama Si Hulagu ni, aku terbayang lagu yang bunyinya mcm ni "Hulahup,Hulahup,Hulalala Hulahup" (‘Hulahup’ aku tukar jadi ‘Hulagu’) “Hulagu, Hulagu,Hulalala Hulaguu”, imaginasi tahap Pokemon :p





Zaman Bani Abbasyiah berakhir dengan jatuhnya Baghdad ke tangan Hulagu Khan. Penduduk Baghdad dibunuh termasuk wanita dan kanak-kanak, kitab-kitab dibuang ke dalam sungai sehingga sungai tersebut berwarna hitam, ulama dan cendekiawan Islam pula dibunuh.

Semanjak itu bermulalah zaman kemunduran umat Islam akibat sifat tamak, khianat dan perpuak-puak. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua, InsyAllah.

“I Am The Punishment Of God…If You Had Not Committed Great Sins, God Would Not Have Sent A Punishment Like Me Upon You”

Siapa2 yang minat baca novel, sila tinggalkan komen anda dan tajuk novel yang paling best pnah anda baca. SEKIAN :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN