Monday, February 7, 2011

Poster Moster

6 Februari 2011, hari ini ialah hari terakhir aku bercuti sempena tahun baru cina, walaupun aq bukan cina, aku tetap maw cuti, sebab cina cuti juga kalau aku sambut Hari Raya. Tahun ni adalah tahun arnab, itu maknanya tahun ni banyak playboy, sebab logo rasmi playboy ialah arnab, tapi arnab dia pandai pakai bow tie, kalau ada yang x taw apa itu “bow tie”, tgok samy vellu, dia selalu pakai bow tie, mungkin dia pun playboy, mungkin la, kalau x betul jangan marah, sapa suh pakai bow tie, lain kali pakai tie yang panjang mcm aq selalu pakai :p

Bersempena tahun baru cina ini, aku dengan tanpa segan silu telah membuat sekeping poster yang bertemakan perayaan Tahun Baru Cina. Poster ni sebenarnya lecturer aku yang suruh buat, sebagai assigment kunun, dia minta satu, aq buat dua, satu untuk sekarang dan satu lagi untuk masa depan nya..LOL.

Tepat jam 6, mungkin x tepat sngt la, aku pulang asrama, sampai di bilik  aq cepat2 minta Lawrance (roomate aku) limau, biasa la, dia kan cina. Aku minta sebiji, dia kasi keluar satu kotak, serantak dengan itu berlaku lah sedikit kerakusan dan limau yang tadinya penuh sekotak kini telah tinggal sejarah.

Tujuan aq buat post ni sebenarnya sebab maw upload poster yang aq buat tu, tapi disebabkan perkhidmatan internet institut ni berkelajuan 5 kaki/jam iaitu bersamaan dengan 1 minggu loading kalau maw buka Facebook, maka aku buat keputusan untuk upload di lain hari ja. Sekian, Selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Update: Poster Suda Di Upload

CNY POSTER

1 MALAYSIA POSTER

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN