Thursday, February 3, 2011

Download Percuma!!!

Idea untuk post kali ni datang dari "Angel", huhuhuhuhuhu..kepada sesiapa yang ingin ingin tahu cara memuat turun Filem (movie), Perisian (software), lagu, majalah@E-Book dan macam-macam lagi yang boleh di muat turun asalkan muat untuk diturunkan, silakan anda baca post ini sehingga ke penamatnya, "Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri"

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk men download benda-benda diatas, salah satunya ialah "Torrent". Torrent ialah sejenis fail yang dihantar melalui protokol BitTorrent. Untuk penerangan yang lebih mendalam sedalam Jurang Mariana, carilah maklumat di Google, mesti ada..hahahhahaha. Dibawah ini saya sediakan langkah demi langkah cara untuk menggunakan Torrent.

Langkah 1
Download "uTorrent", sejenis perisian yang digunakan untuk memuat turun data yang terdapat pada Torrent. Klik saja perkataan "uTorrent" tu kalau x reti mcm mana mo guna google. Bila suda siap download, instal di PC, laptop, netbook atau di mana-mana saja yg anda suka, di "Makcik PC" pun boleh.

Langkah 2
Pergi ke laman web "isoHunt", kemudian cari fail yang ingin anda download contohnya "IRONMAN" dan kemudian download torrent fail tersebut.

Klik Untuk Membesarkan Imej

Langkah 3
Buka fail torrent yang telah di download tadi dengan menggunakan perisian uTorrent yang telah di instal dan tunggu sehingga fail selesai di download. Kelajuan download bergantung kepada kelajuan internet, "seeders" dan "leechers". Seeders & leechers tu apa?...lihat di bawah.

Klik Untuk Membesarkan Imej


Terminologi:

  • Seeders - Seseorang yang memuat naik fail yang dimuat turun oleh anda. Makin banyak seeders, makin laju download anda.
  • Leechers - Seseorang yang memuat turun fail. Makin banyak leechers, makin slow download anda.

AMARAN!..Kaedah ini menggunakan jaringan peer-to-peer, tersalah pilih torrent maknanya anda mengundang raksasa VIRUS masuk ke komputer anda.




"Sharing Is Caring"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN