Tuesday, February 15, 2011

Valentine's Day VS Maulidur Rasul

Hari ini merupakan cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Aq sebagai rakyat Malaysia yang tulin layak untuk bercuti pada hari ini..hehe. Kepada sesiapa yang tidak memiliki Mykad iaitu sejenis kad pengenalan yang  dilengkapi dengan cip 64K yg mudah berkarat dan sukar didetect oleh mesin KWSP, dan bank-bank yg ada alat pengimbas, anda tidak layak untuk berada di Malaysia dan sekaligus tidak layak untuk bercuti :p

Pada hari kelmarin, hari berkasih sayang atau “Valentine Day” disambut oleh pasangan yang sedang bercinta di seluruh dunia dan juga di seluruh alam semesta. Bagi umat Islam yang masih belum taw atau pura-pura x taw, hukum menyambut Valentine Day adalah haram. Perbuatan berkasih sayang hanya pada hari2 tertentu merupakan antara kebodohan yang dicipta oleh manusia2 yang mempunyai tahap IQ -1.



Menyambut hari keputeraan Muhammad S.A.W bukanlah seperti kita menyambut hari kelahiran sahabat kita si Ali atau si Abu. Kita tidak menyambutnya dengan meniup lilin2 yang dipacak diatas kek yang disaluti dengan krim yang lembut dan menyelerakan. Tidak juga dengan menyanyikan lagu “Happy Birthday” seperti yang biasa dilakukan pada masa kini. Kita menyambut hari kelahiran Muhammad S.A.W dengan menghayati  ajaran dan akhlaknya. Ada org sambut Maulidur Rasul dengan berarak mengangkat sepanduk serta berselawat tapi pada masa yang sama, perintah Allah  dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W tidak diamalkan. Ini adalah satu kesilapan yang amat merugikan.

Nabi Muhammad S.A.W tidak menyuruh umatnya menyambut hari kelahiranya, Sahabat-sahabat Nabi juga tidak menyambut Maulidur Rasul. Namun bukanlah satu kesalahan jika kita menyambut Maulidur Rasul kerana ia boleh dijadikan satu cara kita berdakwah dan menyebarkan Islam.

Nabi Muhammad S.A.W telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571M. Ibu baginda bernama Aminah binti Wahb adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Rasulullah S.A.W menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan orang arab jahiliah seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).

Berikut ialah khutbah terakhir Rasulullah S.A.W di hadapan kaum muslimin :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sampai disini sahaja post untuk kali ini, semoga yang membaca dan termasuk juga yang menaip post ini mendapat pengajaran dan info yang berguna. InsyAllah


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN