Sunday, October 30, 2011

Penjara Kerajaan

Setelah mengembara selama 8 bulan di alam realiti, kini aku kembali ke alam fiction dengan membawa sejumlah besar FAKTA yang bakal aku pesongkan kebenaranya dan sekaligus menukar fakta tersebut menjadi FICTION, HAHAHAHAHA (ketawa kejam).
Berbalik kepada realiti, post kali ini sebenarnya aku buat dengan niat untuk meluahkan rasa tidak puas hati keatas tindakan ILP yang mengurung aku di dalam asrama atas alasan ingin membuat aktiviti gotong royong. Gotong royong ini sebenarnya dibuat kerana ingin menghukum penghuni asrama ILP yang berkelakuan seperti munyit atau nama saintifiknya beruk. Ini adalah suatu yang tidak adil kerana yang berkelakuan seperti munyit hanya segelintir sahaja, tetapi hukuman dikenakan kepada semua termasuklah aku yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan rekod-rekod yang sama waktu denganya. Oleh kerana ILP sebuah institut kerajaan, aku telah mengambil keputusan untuk mengundi pembangkang pada pilihanraya seterusnya, padan muka kau kerajaan, lain kali kurung la lagi :p HAHAHAHAHAHA.
Kalau pilihanraya lepas ni PAS (Parti Al-Islam Semalaysia) atau PKR (Parti keadilan Rakyat) yang menang, itu mesti gara-gara kerajaan ketulahan sebab kurung aku yang x bersalah ni. Tapi aku ni seorang yang demokrasi, aku boleh undi kerajaan dan ampunkan dosa2 dorang terhadap aku, itu pun kalau kerajaan sudi tambah elaun bulanan aku dari RM 100 kepada RM 200, ala x banyak pn, naik seratus ja, kerajaan kan banyak ambil duit rasuah, setakat RM 100 apa la sangat, HAHAHAHAAHA.

Itu cerita semalam, tepat jam 6.30 pagi ini pula iaitu hari ahad 30 Oktober bersamaan dengan 2 Zulhijjah 1432 Hijrah, aku telah dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan diiringi dengan suara warden yang memberi amaran bunuh kepada sesiapa yang tidak berkumpul di hadapan asrama dalam masa 5 minit. Kawan sebilik aku yang masih lena dibuai mimpi aku kejutkan dengan kejam sekali dan diiringi dengan kata-kata kesat yang memaki hamun warden kerana menggangu waktu hibernasi ku. Kejadian yang terjadi selepas itu amat perit untuk aku ceritakan, keperitanya masih terasa sehingga sekarag, terutamanya di bahagian kaki.
Sebelum menutup tirai post yang penuh dengan aura kebencian ini, ingin aku nyatakan bahawa aku belum lagi mendaftar sebagai pengundi,oleh itu sebarang tindakan untuk memancing undi aku dengan menggunakan wang adalah satu kerja yang sia-sia dan sebarang tindakan untuk menyaman aku kerana kebiadaban yang telah aku tonjolkan dengan sengaja pada post kali ini adalah tidak berasas sama sekali, Harap maklum.




"Kalau dah menteri kencing bediri, Jangan salahkan Rakyat kencing belari"

5 comments:

  1. ahahahahahah..syg sgt marah ketika ini....
    eya bha kn i2 smua bukan solution dia...
    dgn mndnda smua pnghuni ILP tu akan mnmbhkan lg bil. yg mmberontak sbb d denda brsama2 munyit2 yg klah munyit lg...
    bby sokong post nee.....
    hihihihi....sbb mnggngu msa meeting kmi...:p

    ReplyDelete
  2. ahahaha..ya..menggangu meeting kta jak kn syg..hehe

    ReplyDelete
  3. btol3.....bby pla yg sgt marah skg neee...hihihi

    ReplyDelete
  4. jum2.....!!!
    mogok lapar ka syg..hihhhi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN