Saturday, February 26, 2011

Kesan Khas Glowing Mowing

Pada hari ini, aku dikejutkan dengan kedatangan seorang pemuda yang mengakui dirinya bekas ahli Mighty Morphin Power Rangers. Dia dengan ikhlas hatinya memberikan aku sejenis kuasa luarbiasa yang membolehkan aku mengeluarkan lingkaran cahaya di sekeliling badan dan menyilaukan mata2 yang memandang. Dengan ini, aku pun dengan ikhlas hatiku akan mengajar kamu semua cara menghasilkan lingkaran cahaya ini dengan bantuan PHOTOSHOP...HAHAHAHAHAH.

1.Buka gambar yang ingin di edit menggunakan "Photoshop". Kemudian klik ikon Brush Tool.

Klik Untuk Membesarkan Imej

2.Pilih Calligraphic brush.

Klik Untuk Membesarkan Imej

3.Pilih Brush saiz 28. Kemudian Kurangkan saiz brush ke 7.

Klik Untuk Membesarkan Imej

4.Klik Windows pada Bar Menu. Kemudian pilih "Brush"

Klik Untuk Membesarkan Imej

5.Tandakan "Shape Dynamic" dan pilih "Pen Presure" pada menu control.

Klik Untuk Membesarkan Imej

6.Klik ikon "Create New Layer" untuk membuat layer baru dan kemudian klik layer tersebut.

Klik Untuk Membesarkan Imej

7.Klik Ikon "Pen Tool" dan pastikan "Path" dipilih di bahagian atas.

Klik Untuk Membesarkan Imej

8.Dengan menggunakan "Pen Tool", buat lingkaran pada gambar anda seperti contoh dibawah. Pastikan warna "Foreground" anda putih.

Klik Untuk Membesarkan Imej

9.Apabila lingkaran telah siap, klik pada lingkaran tadi dan pilih "Stroke Path". 

Klik Untuk Membesarkan Imej

10.Pilih "Brush" pada menu dan tandakan "Simulate Pressure".

Klik Untuk Membesarkan Imej

11.Pilih "Layer" pada Bar Menu. Kemudian pergi ke "Layer Style" dan klik "Outer Glow"

Klik Untuk Membesarkan Imej

12.Buat tetepan pada menu "Outer Glow". Pilih warna lingkaran cahaya anda, saiz dan sebagainya.

Klik Untuk Membesarkan Imej

13.Seterusnya, klik pada ikon "Add layer mask" untuk membuat mask pada layer. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan proses pemadaman bahagian tertentu pada langkah seterusnya.

Klik Untuk Membesarkan Imej

14.Ubah warna "Foreground" kepada hitam kemudian klik ikon "Brush Tool".

Klik Untuk Membesarkan Imej

15.Mulakan proses pemadaman dengan memadam bahagian lingkaran yang sepatutnya berada pada bahagian belakang gambar dengan menggunakan "Brush Tool" tadi.

Klik Untuk Membesarkan Imej

16.Setelah selesai proses pemadaman. Hasilnya akan kelihatan lebih realistik seperti dibawah.

Klik Untuk Membesarkan Imej

17.Dibawah ialah hasil setelah membuat pengubahsuaian yang lebih detail.


“There are two kinds of light - the glow that illuminates, and the glare that obscures.”

Thursday, February 24, 2011

Malcolm X – Suara Kebebasan

Setelah menghabiskan masa selama 3 jam menonton filem “Malcolm X” arahan pengarah kontrovesi Spike Lee, satu aura inspirasi telah datang dan memberi salam kepada aku. Post kali ini ditujukan kepada semua pejuang keadilan yang tidak jemu2 memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan penindasan dengan apa cara sekalipun agar seluruh manusia yang mendengar suaranya sedar akan erti sebenar keadilan.

Malcolm X, satu nama yang amat terkenal di seluruh dunia. Suaranya yang lantang membuatkan musuh-musuhnya tidak senang duduk mahupun bediri. Kepetahanya berkata-kata telah memukau ramai orang, ilmu yang terkandung dalam setiap perkataan yang disebutnya membuat ramai berfikir.

Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska. Ayahnya, Earl, seorang paderi yang lantang dan tidak tunduk kepada penindasan orang kulit putih pada masa itu berpendapat bahawa kebebasan dan kemerdekaan tidak akan dapat dikecapi oleh orang kulit hitam di Amerika dan untuk mencapai kemerdekaan mereka harus pulang ke negara asal mereka Afrika. Sewaktu Malcolm berumur 13 tahun, ayahnya telah dibunuh dan ibunya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Sewaktu berada di Harlem, New York, Malcolm mula terlibat di dalam pengedaran dadah haram, berjudi, pelacuran, memeras ugut, dan merompak (dirujuk secara menyeluruh oleh Malcolm sebagai hustling). Dia juga sanggup berlakon gila untuk mengelakkan dari dihantar menyertai kerahan tenaga Perang Dunia ke II. Malcolm telah ditahan pada 12 Januari, 1946 pada umur 20 tahun dan telah dipenjarakan selama lapan hingga sepuluh tahun atas kesalahan memecah masuk, membawa senjata api, dan merompak. Dia mendapat gelaran "Setan" di Penjara Negeri Charlestown disebabkan sifatnya yang suka menyumpah seranah. 

Sewaktu di penjara, Malcolm mula melibatkan diri dengan sebuah organisasi yang diberi nama Nation Of Islam (NOI). Malcolm mula mempelajari ajaran Elijah Muhammad (Pemimpin NOI) dengan gigihnya dan telah mula mengembangkan pemikiran inteleknya. Beliau telah menyalin seluruh kamus   daripada perpustakaan di situ dalam usahanya menambahkan pengetahuan dan memperbaiki tulisannya. Selepas dibebaskan dari parol pada 7 Ogos, 1952, beliau membeli beg suitcase, sepasang kacamata, dan sebuah jamtangan, barang-barang yang paling kerap digunakan dalam kehidupannya.

Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad di Chicago. Di sinilah dia menerima tanda X, yang bermaksud menolak nama perhambaannya. Dengan itu bermulalah perjuangan Malcom X menentang penindasan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam. Khutbahnya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih, menyebabkan NOI lebih terkenal. Akhirnya beliau telah menjadi pemimpin nombor dua Nation of Islam selepas Elijah Muhammad. Kepercayaanya kepada Elijah Muhammad goyah apabila mengetahui mentornya itu mempunyai hubungan sulit dengan 6 orang wanita. Penzinaan adalah ditolak oleh ajaran Nation of Islam.

Setahun kemudian, Malcolm mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan yang lain iaitu Muslim Mosque, Inc. Namun, beliau tetap mengikuti ajaran Nation of Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuat ucapannya yang terkenal iaitu Mengundi atau Peluru (Ballot or Bullet). Tidak lama kemudian, Malcom X membuat keputusan untuk mengerjakan Haji dan pada masa itulah beliau mengenal ajaran Islam yang sebenar.

Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil. Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam yang selama ini mengajar bahawa Islam hanya untuk orang kulit hitam.

Beliau berkata "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama berada di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua kaum dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau terus memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada - El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika. Sejak dari itu, beliau memperjuangkan keadilan untuk semua kaum dan berpendapat bahawa penawar kepada masalah perkauman yang dialami Amerika adalah Islam.

"I am not a racist and I do not subscribe to the tenants of racism. In all honesty it can be stated that I wish nothing but freedom, justice and equality...life, liberty and the pursuit of happiness for all people. My first concern is with the group to which I belong..for we are deprived of our inalienable right. But I belive the true practice of lslam can remove the cancer of racism from the hearts and the souls of all Americans. lf l can die having brought any light, having exposed any meaningful truth that will help destroy this disease, then all the credit is due to Allah..and only the mistakes have been mine"

Pada 21 Februari, di Audubon Ballroom, Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang. Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanya. Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau. Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu Talmadge Hayer, Norman 3X Butler, dan Thomas 15X Johnson.

Ada yang berpendapat bahawa Malcom X adalah seorang yang mengamalkan kebencian, fanatik yang bersifat perkauman. Namun hakikatnya, beliau hanyalah seorang yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran yang menjadi hak setiap individu di muka bumi ini.

Malcom X


"We declare our right on this earth...to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence by any means necessary."




Tuesday, February 22, 2011

Tugasan 3 Web Design - Editing Wallpaper

Tugasan ketiga Web Design ialah mengubahsuai wallpaper dengan memasukkan unsur2 tertentu kedalam wallpaper yang diberikan.

Wallpaper 1

Unsur yang perlu dimasukkan :
  1. Human
  2. Animal
  3. Text
Sebelum
Selepas

Wallpaper 2

Unsur yang perlu dimasukkan :

  1. Sajak
  2. Pantun
Sebelum

Selepas


Wallpaper 3

Unsur yang perlu dimasukkan :

  1. Human
  2. Text
Sebelum
Selepas


Sunday, February 20, 2011

Logo Baru JTM

Akibat daripada kesan radiasi yang terhasil daripada ledakan bom "Boring", maka berlakulah sedikit kerajinan yang menyebabkan aku dengan tiba2 merasakan ingin membuat sesuatu yang boleh menghilangkan keboringan ini.


Pada mulanya aku ingin mengondam laman web JTM sekadar untuk suka2. Namun keinsafan telah melanda diriku apabila aku sedar aku sebenarnya tidak mampu berbuat demikian...Hehehehe. Niat yang tadinya berunsur kejahatan aku ubah menjadi kebaikan untuk menebus kesalahan kerana berniat jahat terhadap JTM. Hasilnya terciptalah Logo JTM yang baru.


Logo ini khas aku buat untuk JTM yg selama ini bertungkus-lumus melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta. Jasamu kepada Malaysia amat besar hingga aku menitiskan airmata mengenangkanya :P


Logo Baru JTM


Setelah berbincang selama beberapa jam dengan ketua pengarah JTM En Romli B. HJ Hassan, kemungkinan logo ini akan digunakan di seluruh cawangan JTM dan institut yang berada dibawah naungan JTM pada tahun 2020. Sama-sama kita nantikan :]

Logo ini telah aku buat Copyright©. Sebarang percubaan untuk mencuri hak cipta ini akan dikenakan tindakan undang2. You've Been Warned!




Tugasan 2 Web Design - Filter

Tugasan kedua Web design menunjukkan asas pengunaan "Filter" atau penuras. Filter digunakan untuk memberi kesan khas tertentu keatas sebuah imej.


Imej Asal


 FILTER : ARTISTIC 

Colored Pencil
Cutout
Dry Brush
Film Grain


FILTER : BLUR

Gaussian Blur
Motion Blur


FILTER : BRUSH STROKE

Ink Outlines
Sprayed Strokes





FILTER : DISTORT

Glass
Polar Coordinates


"I wanted to combine science and photography in a sensible, unemotional way. Some people’s ideas of scientific photography is just arty design, something pretty. That was not the idea. The idea was to interpret science sensibly, with good proportion, good balance and good lighting, so we could understand it"

Tugasan 1 Web Design - Brush

Post kali ini berkenaan dengan tugasan Web Design yang pertama. Dibawah ini ditunjukkan gambar2 tugasan yang menerangkan asas pengunaan ikon "Brush", "History Brush" dan "Art History Brush".

Imej Asal

Brush Tool

History Brush Tool



Dibawah ini pula pengunaan "Art History Brush" dalam 3 jenis style :


Style : Loose Curl



Style : Tight Short - Opacity 30%


Loose Curl Long - Opacity 30%

"There is 3 key things for good photography: the camera,lighting and... Photoshop"

Tuesday, February 15, 2011

Valentine's Day VS Maulidur Rasul

Hari ini merupakan cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Aq sebagai rakyat Malaysia yang tulin layak untuk bercuti pada hari ini..hehe. Kepada sesiapa yang tidak memiliki Mykad iaitu sejenis kad pengenalan yang  dilengkapi dengan cip 64K yg mudah berkarat dan sukar didetect oleh mesin KWSP, dan bank-bank yg ada alat pengimbas, anda tidak layak untuk berada di Malaysia dan sekaligus tidak layak untuk bercuti :p

Pada hari kelmarin, hari berkasih sayang atau “Valentine Day” disambut oleh pasangan yang sedang bercinta di seluruh dunia dan juga di seluruh alam semesta. Bagi umat Islam yang masih belum taw atau pura-pura x taw, hukum menyambut Valentine Day adalah haram. Perbuatan berkasih sayang hanya pada hari2 tertentu merupakan antara kebodohan yang dicipta oleh manusia2 yang mempunyai tahap IQ -1.



Menyambut hari keputeraan Muhammad S.A.W bukanlah seperti kita menyambut hari kelahiran sahabat kita si Ali atau si Abu. Kita tidak menyambutnya dengan meniup lilin2 yang dipacak diatas kek yang disaluti dengan krim yang lembut dan menyelerakan. Tidak juga dengan menyanyikan lagu “Happy Birthday” seperti yang biasa dilakukan pada masa kini. Kita menyambut hari kelahiran Muhammad S.A.W dengan menghayati  ajaran dan akhlaknya. Ada org sambut Maulidur Rasul dengan berarak mengangkat sepanduk serta berselawat tapi pada masa yang sama, perintah Allah  dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W tidak diamalkan. Ini adalah satu kesilapan yang amat merugikan.

Nabi Muhammad S.A.W tidak menyuruh umatnya menyambut hari kelahiranya, Sahabat-sahabat Nabi juga tidak menyambut Maulidur Rasul. Namun bukanlah satu kesalahan jika kita menyambut Maulidur Rasul kerana ia boleh dijadikan satu cara kita berdakwah dan menyebarkan Islam.

Nabi Muhammad S.A.W telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571M. Ibu baginda bernama Aminah binti Wahb adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Rasulullah S.A.W menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan orang arab jahiliah seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).

Berikut ialah khutbah terakhir Rasulullah S.A.W di hadapan kaum muslimin :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sampai disini sahaja post untuk kali ini, semoga yang membaca dan termasuk juga yang menaip post ini mendapat pengajaran dan info yang berguna. InsyAllah


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"



Sunday, February 13, 2011

Speak London

“Public Speaking” itu lah tajuk yang diberikan pada hari pertama kelas Inggeris bermula. Diberi masa lebih kurang 30 minit untuk membuat persediaan, antara isi yang perlu ada pada public speaking tersebut ialah memperkenalkan diri dan keluarga. Dan aq pn dengan selambanya menulis sebijik demi sebijik ayat2 cinta yang bakal aq lafaskan sebentar lagi, kalau psl Inggeris ni aq mmg dikira ok, tapi penulisan jak la, kalau lisan 2 susah skit, tulis senang, sebut 2 yang susah, mcm yg lecturer aku pnah cita, kalau sebutan dalam Inggeris ni kena hati2, kalau salah sebut, jadi lain. Contohnya buried klau sebutan dlm bahasa melayu bunyinya mcm “burit”..hahahhahahah.

Pada hari ini jg, aq dengan rasminya mengistiharkan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi d bilik dan sesiapa yang menggunakan bahasa selain Inggeris akan dibelasah tanpa belas kasihan. Bahasa Inggeris yg aq gunakan ialah “Manglish”. Manglish adalah versi percakapan bahasa inggeris di Malaysia dan ia adalah campuran perkataan Melayu, Hokkien, Mandarin, Cantonese, Tamil dan Inggeris. Bahasa ini selalu digunakan oleh orang malaysia. Contoh paling ketara ialah stesen radio “Hits.fm”. Stesen berbahasa Inggeris ini menggunakan slang “Manglish”. Dibawah ialah contoh teks yang aku buat sebelum mambuat public speaking.

“Assalamualaikum and good morning. My name is Mohd Kamal, Im 22 years old, I live in PJ Telipok. Right now im studying at ILP as fulltime killer (tapi masa berucap aq tukar jadi fulltime student :P). I luv watching movie, listening to music, sleeping, eating and blogging. Im the youngest one in my family, I hav one brother and one sister. My brother work as Freelance Driver. My sister is a student like me studying at Krusk State Medical University in Russia. My father work as safty guard at RTM Sabah. My father is a good looking man and very friendly. Last but not least, my mother. My mother is a fulltime housewife, she’s very beautiful, caring and a very good cooker”.

That all la for today, next time aq buat post lagi. Post ini akan dimasukkan ke kategori ILP untuk melengkapkan assigment yang diberi lecturer. Sekian.


Every speaker has a mouth,
An arrangement rather neat.
Sometimes it's filled with wisdom,
Sometimes it's filled with feet.

Monday, February 7, 2011

Poster Moster

6 Februari 2011, hari ini ialah hari terakhir aku bercuti sempena tahun baru cina, walaupun aq bukan cina, aku tetap maw cuti, sebab cina cuti juga kalau aku sambut Hari Raya. Tahun ni adalah tahun arnab, itu maknanya tahun ni banyak playboy, sebab logo rasmi playboy ialah arnab, tapi arnab dia pandai pakai bow tie, kalau ada yang x taw apa itu “bow tie”, tgok samy vellu, dia selalu pakai bow tie, mungkin dia pun playboy, mungkin la, kalau x betul jangan marah, sapa suh pakai bow tie, lain kali pakai tie yang panjang mcm aq selalu pakai :p

Bersempena tahun baru cina ini, aku dengan tanpa segan silu telah membuat sekeping poster yang bertemakan perayaan Tahun Baru Cina. Poster ni sebenarnya lecturer aku yang suruh buat, sebagai assigment kunun, dia minta satu, aq buat dua, satu untuk sekarang dan satu lagi untuk masa depan nya..LOL.

Tepat jam 6, mungkin x tepat sngt la, aku pulang asrama, sampai di bilik  aq cepat2 minta Lawrance (roomate aku) limau, biasa la, dia kan cina. Aku minta sebiji, dia kasi keluar satu kotak, serantak dengan itu berlaku lah sedikit kerakusan dan limau yang tadinya penuh sekotak kini telah tinggal sejarah.

Tujuan aq buat post ni sebenarnya sebab maw upload poster yang aq buat tu, tapi disebabkan perkhidmatan internet institut ni berkelajuan 5 kaki/jam iaitu bersamaan dengan 1 minggu loading kalau maw buka Facebook, maka aku buat keputusan untuk upload di lain hari ja. Sekian, Selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Update: Poster Suda Di Upload

CNY POSTER

1 MALAYSIA POSTER

Friday, February 4, 2011

Disturbed..My Favourite Band!!!

Pernakah anda mendengar nama Distrubed?  Disturbed adalah kumpulan muzik metal yang berasal dari chicago, Illinois Amerika Syarikat, ditubuhkan pada tahun 1996 apabila Dan Donegan, Steve "Fuzz" Kmak, dan Mike Wengren menawarkan penyanyi David Draiman menjadi vokalis utama mereka.

Ahli kumpulan Disturbed:

  • David Draiman – lead vocals
  • Dan Donegan – guitar, electronics
  • Mike Wengren – drums
  • John Moyer – bass guitar, backing vocals 



    Setakat ini Disturbed mempunyai 5 buah album. Album pertama "The Sickness" (1998-2000) berada pada kedudukan 29 carta Billboard 200 dan terjual sebanyak 4 juta unit. Album kedua "Believe" (2001–2003) berada pada kedudukan 1 carta Billboard 200. Music Video untuk lagu "Prayer" iaitu single pertama album Believe tidak ditayangkan kebanyakan stesen televisyen kerana mempunyai persamaan dengan kejadian 11 September 2001, klik disini untuk menonton music video tersebut.

    "Ten Thousand Fists" (2004-2006) adalah album ketiga Disturbed. Dengan kuasa pukau yang saya pelajari dari seekor raksasa katak, saya telah berjaya memujuk seorang kawan untuk membelikan saya CD cetak rompak album ini yang berharga RM 15. Terima kasih raksasa katak :)



    Album seterusnya "Indestructible" (2007–2009) dan kemudian diikuti dengan album terkini mereka "Asylum" (2010–present). Dibawah ini merupakan diantara lagu terbaik Disturbed, Enjoy!



    "The thing I treasure most in life cannot be taken away"



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LAFAZ KATA PARA PUJANGGA

    LEBIH BAIK BERUSAHA MENYALAKAN LILIN DARI MENYUMPAH KEPADA KEGELAPAN